Warga Chile merusuh rosakkan bas selepas selepas singkirkan Sepanyol

Agensi
Jun 19, 2014 07:32 MYT
Kemenangan 2-0 itu pada awal pagi Khamis itu menghantar pasukan Sepanyol pulang dengan tangan kosong - (AP Photo/Jorge Sainz)
Kumpulan perusuh merosakkan lebih daripada 500 buah bas awam di Chile selepas kemenangan bergaya pasukan bolasepak negara itu menumbangkan Sepanyol. Sesetengah mereka turut menyerang pemandu bas berkenaan, kata pihak berkuasa pada Khamis.
Kemenangan 2-0 itu pada awal pagi Khamis itu menghantar pasukan Sepanyol pulang dengan tangan kosong dan menyingkirkan pasukan itu daripada takhta bolasepak dunia.
Sejumlah 527 buah bas rosak dalam kemeriahan sambutan merayakan kemenangan itu di Santiago. 41 orang pemandu bas dipukul manakala enam buah bas dilarikan, kata ketua pengangkutan awam bandaraya itu Guillermo Munoz kepada stesen televisyen Chilevision.
Rusuhan itu menyebabkan orang ramai yang ingin pulang ke rumah masing-masing terkandas selepas perlawanan tamat.
Kekacauan itu menjejaskan lapan peratus daripada keseluruhan bas yang dikendalikan oleh Transantiago, syarikat pengangkutan awam yang selama ini dikritik kerana mutu perkhidmatan yang lembab dan tambang yang mahal.
Pihak berkuasa menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat. -- AFP
#Brasil #Brazil #Chile #FIFA #Piala Dunia #rusuhan #sepanyol
;