Wakil individu mara, beregu badminton lelaki tewas

Astro Arena
Jun 13, 2015 23:51 MYT
...
Empat wakil badminton negara iaitu Chong Wei Feng, Mohamad Arif Abdul Latif, Goh Jin Wei dan Jing Yi Tee mampu mengatasi cabaran individu manakala pasangan Goh V Shem/ Tan Wee Kiong tersingkir pada pusingan 16 Sukan SEA, Singapura.
Kemeneangan selesa dicapai oleh Wei Feng yang menewaskan Cao Cuong Pham dari vietnam 21-14, 21-11. Sementara itu, Mohamad Arif juga menyerlah dalam kemenangan 21-13, 21- 9 menentang Phakornkham Fongmalayseng, dari Laos.
Dalam aksi individu wanita, bakat muda Jin Wei sekali lagi mempamerkan semangatnya menentang pemuda Vietnam, Thuy Linh Nguyen dalam pertembungan sengit dimana wakil negara itu raih 22-0, 21-15. Manakala, Jing Yi Tee lebih selesa apabila belasah atlet Myanmar, Khaing Zar Lin.
Malangnya, pasangan beregu negara V Shem/Wee Kiong tersingkir awal walaupun memenangi perlawanan pertama menentang atlet Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon/ Kevin Sanjaya Sukamaljo yang akhir 21-12, 10-21, 17-21.
#badminton #Sukan SEA 2015
;