KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga bangunan Menara Spinnaker setinggi 170 meter di Portsmouth, United Kingdom, Jumaat.
Lebih manis, Wai Ching melakukan larian 560 anak tangga dalam masa dua minit 18 saat (s) sekali gus menyamai rekod terdahulu yang dicatatkan oleh atlet tuan rumah, Mark Sims, pada 2017.
Pencapaian terbaru ini juga menandakan kemenangan ke-21 berturut-turut untuk Wai Ching dalam pertandingan larian menara sejak kemenangan pertamanya di One World Trade Center, New York, pada 5 Jun tahun lalu.
Ini juga merupakan pertandingan larian keempatnya di Eropah tahun ini selepas Bieg Na Szczyt (Rondo 1), Warsaw, Poland; Teletorni Trepijooks (Tallinn TV Tower), Tallinn, Estonia dan Subida Vertical Gran Bali Hotel (Gran Bali Hotel), Benidorm, Sepanyol.
"Sebaik sahaja melepasi garisan penamat, saya segera berlutut dan menarik nafas, kemudian bertanya kepada kru tentang catatan masa dan mereka memberitahu saya masa adalah 2:18s.
"Saya secara peribadi berpendapat bahawa catatan 2:18s masih boleh diatasi dan mungkin boleh mencapai masa bawah 2:10s dengan lebih banyak latihan ketahanan kelajuan yang disesuaikan untuk larian ini," kata atlet berusia 28 tahun itu menerusi catatannya di laman web rasminya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023

Pelari menara nombor satu negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga bangunan Menara Spinnaker setinggi 170 meter di Portsmouth, United Kingdom, Jumaat. - Foto Facebook Soh Wai Ching

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.

Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.

Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu
Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.

Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.

Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.

Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.

Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.

Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.