Wai Ching cemerlang 'tawan' Menara Zagreb
Bernama
September 3, 2022 23:38 MYT
September 3, 2022 23:38 MYT
KUALA LUMPUR: Jaguh larian menara dunia, Soh Wai Ching, telah merangkul gelaran di Zagreb, Croatia, hari ini, dalam melengkapkan usaha untuk cubaan juara berganda dalam Kejohanan Larian Menara Eropah.
Atlet berusia 28 tahun itu menampilkan larian cemerlang apabila mengungguli kategori keseluruhan Cabaran Menara Zagreb ( Zagrepcanka 512) dengan mendaki 490 anak tangga dan 25 tingkat (ketinggian 83.3 meter) dengan catatan masa dua minit 38 saat.
Bagaimanapun, beliau ketinggalan hanya empat saat untuk memperbaharui rekod 2:34s.
Pelari tuan rumah, Kristian Rubinic di tempat kedua dengan catatan masa 2:55s manakala rakan senegara, Danijel Pecek di tangga ketiga dengan masa 2:58s.
Pada 29 Ogos lalu, Wai Ching mempertahankan kejuaraan Kolnturm Treppenlauf (Cologne Towerrun) dengan rekod baharu serta menjuarai kategori keseluruhan Kejohanan Larian Menara Jerman (Cabaran Menara Cologne) dengan mendaki 714 anak tangga di bangunan 39 tingkat dalam masa 3:17s.
-- BERNMAMA
#jaguh larian menara
#Soh Wai Ching
#Zagreb
#Croatia
#Kejohanan Larian Menara Eropah
#juara berganda
#Menara Zagreb