Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Astro Arena
Januari 15, 2025 16:45 MYT
Januari 15, 2025 16:45 MYT
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Perbualannya dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah meyakinkannya untuk berbakti dan menjayakan projek di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Saya begitu sukakan visi badan induk ini dan TMJ, sebab itulah saya berada di sini.
"Baginda adalah individu yang mempunyai visi paling tinggi. Sudah tentu baginda ada bercakap entang projeknya. Saya mempunyai peluang untuk bekerja dalam bola sepak.
"Ini salah satu projek paling menarik dalam bola sepak secara global.
"Mengapa? Ia disebabkan TMJ, dia adalah seorang ketua dan pencetus revolusi, sebab itulah saya berada di sini," katanya dalam satu temu bual yang dikeluarkan FAM sebentar tadi. -- Stadium Astro