Virgil van Dijk pemain terbaik Premier League
Ian Johan Ariff
Mac 22, 2019 21:05 MYT
Mac 22, 2019 21:05 MYT
BERDASARKAN undian yang diadakan Sky Sports, pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk adalah pilihan pembaca portal itu untuk memenangi anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Daripada 48,312 pengundi, 59% memilih pemain antarabangsa Belanda itu, diikuti Sergio Aguero dari Manchester City di tempat kedua dengan 15%.
Rakan sepasukan Aguero, Raheem Sterling di tangga ketiga dengan 13%.
Manakala tiada seorang pun mengundi untuk kapten England, Harry Kane.
Berikut keputusan penuh undian:
Bagaimana dengan anda? Siapa pemain terbaik EPL musim ini? Undi pilihan anda di bawah.
#Belanda
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#PFA
#Raheem Sterling
#Sergio Aguero
#Sky Sports
#Virgil Van Dijk