KUALA LUMPUR: Vietnam mengesahkan bahawa Sukan SEA Ke-31 akan berlangsung seperti dijadualkan dari 21 Nov hingga 2 Dis tahun ini di Hanoi, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
MOM berkata Vietnam mengesahkan perkara itu semasa mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara maya semalam di tengah-tengah pandemik COVID-19 sementara Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) yang menyertainya juga telah mengemas kini keadaan pandemik di negara masing-masing.
"Mesyuarat itu kemudian menugaskan Jawatankuasa Perubatan SEAGF untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Ke-31 Vietnam 2021 untuk menubuhkan langkah dan protokol terperinci COVID-19 untuk dilaksanakan pada Sukan SEA nanti," kata MOM menerusi satu kenyataan di Facebook, malam tadi.
MOM menyatakan Mesyuarat Chef-de-Mission akan diadakan pada 15 Jun secara dalam talian, sementara buku panduan teknikal untuk semua 40 sukan yang sedia untuk diedarkan pada hari yang sama.
Mesyuarat maya itu juga akan menyaksikan NOC Kemboja membentangkan satu laporan ringkas persiapan penganjuran Sukan SEA ke-32, yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 16 Mei 2023, di Phnom Penh, Kemboja.
Kemboja merancang untuk menganjurkan 30 hingga 35 sukan pada edisi ke-32 temasya sukan serantau itu.
"Pejabat SEAGF akan menjadi tuan rumah mesyuarat bulanan untuk mengemas kini ahli NOC SEAGF mengenai perkembangan terkini COVID-19 dan bagi menerima laporan kemajuan daripada Jawatankuasa Penganjur edisi Ke-31 Sukan SEA Vietnam 2021 dan edisi Ke-32 Sukan SEA Kemboja 2023," kata MOM.
MOM diwakili Presiden Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Setiausaha Agung Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Datuk Dr SS Cheema dalam mesyuarat dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif SEAGF Datuk Seri Chaiyapak Siriwat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021

MOM diwakili Mohamad Norza, Mohd Nazifuddin dan Cheema pada mesyuarat SEAGF yang berlangsung secara maya, 18 Mei, 2021. - Facebook Olympic Council of Malaysia
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.