Verdon Bahanda dilantik Pengarah, CEO Sabah FC

Astro Awani
November 14, 2020 15:54 MYT
Datuk Verdon Bahanda dilantik sebagai Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Sdn Bhd berkuat kuasa 12 November 2020.
KUALA LUMPUR: Datuk Verdon Bahanda dilantik sebagai Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Sdn Bhd berkuat kuasa 12 November 2020.
Pelantikan Verdon yang juga Aktivis Orang Asal Sabah itu diumumkan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria.
Jelas Abdul Rahman, Verdon memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerajui sukan bola sepak profesional ini.
“Selain Verdon, SAFA turut melantik Presiden Keningau FA, Rafie Robert sebagai Setiausaha Agung manakala Naib Presiden FAM, Joehari Datuk Ayub sebagai bendahari yang baharu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini jawatan setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh Andrew Majanggim dan Yap Wai Loon.
#Verdon Bahanda #Aktivis Orang Asal #Sabah #Sabah FC #Persatuan Bola Sepak Sabah #SAFA
;