Velodrom Azizulhasni Awang dalam Kategori 4 UCI, tidak akan anjur kejohanan antarabangsa

Astro Arena
Ogos 14, 2021 05:38 MYT
Velodrom Azizulhasni Awang menelan belanja RM11 juta. - Foto Astro ARENA/Facebook Azizulhasni Awang
PENILAIAN awal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terhadap Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu mendapati venue itu boleh diletakkan dalam Kategori 4 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Ini bermakna, Velodrom yang menelan kos RM11 juta itu tidak akan menganjurkan sebarang kejohanan antarabangsa.
Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, berkata:
"Ini adalah sebuah venue terbuka yang saya percaya dibina bagi tujuan melahirkan bakat-bakat baru. Ia lebih kepada fasiliti latihan.
"Dalam spesifikasi UCI, terdapat empat kategori sedia ada bagi setiap velodrom di seluruh dunia, iaitu Kategori 1, 2, 3 dan 4.
BACA: Reka bentuk Velodrom Azizulhasni Awang jadi persoalan
"Velodrom ini, mungkin boleh diletakkan dalam Kategori 4 berdasarkan penilaian pihak PKBM sendiri.
"Untuk makluman, Kategori 4 boleh menganjurkan kejohanan peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan," katanya.
#terengganu #Azizulhasni Awang #latihan #velodrom #fasiliti latihan #kejohanan antarabangsa #Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia #PKBM #Dungun #Kategori 4 UCI #UCI #Kesatuan Berbasikal Antarabangsa #Velodrom Azizulhasni Awang #Amarjit Singh #venue terbuka
;