Vans Park Series 2018: Atlet papan selaju terhebat dunia kembali ke China

Ian Johan Ariff
Oktober 23, 2018 19:00 MYT
Jordyn Barratt dari AS beraksi semasa kejohanan VPS di Shanghai tahun lepas. - Sumber foto VANS
KEJOHANAN 'park' terkemuka papan selaju, Vans Park Series (VPS) akan berlangsung buat tahun ketiga, hujung minggu ini di bandar bersejarah Suzhou di China.
VPS tahun ini sepatutnya diadakan di Shanghai, namun lokasi kejohanan ditukar ke Pusat Persidangan Antarabangsa Suzhou Taihu, berdekatan Tasik Taihu.
Penganjur akan membina gelanggang khas sementara di tempat tersebut, dimana jaguh-jaguh papan selaju dari lima benua akan berkampung mulai Rabu.
Bagi kategori pro-lelaki, juara 2017, Oskar Rozenberg Hallberg dari Sweden akan kembali untuk memberi saingan kepada atlet-atlet lain termasuk Pedro Barros dari Brazil, Alex Sorgente dan Tom Schaar dari Amerika Syarikat.
Tumpuan tahun ini terarah kepada pembangunan bakat papan selaju wanita untuk menggalakkan lebih ramai penglibatan kaum Hawa dalam sukan itu menerusi persidangan yang memfokuskan kepada budaya papan selaju wanita.
Pembangunan pemain selaju wanita merupakan salah satu komitmen VPS dengan mengadakan kejohanan bertaraf dunia.
Tahun ini, penganjuran turut menyaksikan peningkatan penyertaan wanita di kejohanan itu kepada 18 atlet tahun ini berbanding 14 pada tahun sebelum ini.
Juara wanita tahun lepas, Nora Vasconcellos dari Amerika Syarikat kembali bersaing dengan rakan senegara Brighton Zeuner dan Lizzie Armanto.
Dari rantau ini, pemenang emas lelaki dan wanita bagi disiplin park di Sukan Asia 2018, Sakura Yosozumi dan Kensuke Sasaoka dari Jepun juga layak untuk bersaing di Suzhou tahun ini.
Sakura mendapat tiket ke Suzhou selepas menyerlah pada sirkit VPS di Sao Paulo dan akan bersaing dalam pro wanita.
Kensuke pula layak selepas menyertai saingan pro lelaki, selepas memenangi kelayakan zon Asia di Singapura pada September.
VPS merupakan kejohanan disiplin 'park' yang kian meningkat popular, selain menjadi penanda aras bagi format yang akan dimainkan di Olimpik Tokyo 2020.
Kejohanan yang diadakan diiktiraf Persekutuan Papan Selaju Antarabangsa (ISF) yang menjalin kerjasama dengan ahli gabungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), World Skate.
Kru Astro AWANI berada di Suzhou, China untuk membuat liputan secara langsung bermula Jumaat (26 Oktober) ini.
Berikut senarai atlet yang akan bersaing di VPS tahun ini:
Juara Benua VPS
Amerika
Dora Varella (BRA)
Jake Wooten (AS)
Afrika
Mellisa Williams (ZAF)
Yann Horowitz (ZAF)
Asia
Kokona Hiraki (JPN)
Kensuke Sasaoka (JPN)
Eropah
Amelia Brodka (POL)
Simon Karlsson (SWE)
Oceania
Poppy Starr Olsen (AS)
Keegan Palmer (AUS)
Pro Pilihan
Lelaki
Oskar Rozenberg Hallberg (SWE)
Pedro Barros (BRA)
Tom Schaar (AS)
Alex Sorgente (AS)
Karl Berglind (SWE)
Ivan Federico (ITA)
Cory Juneau ( (AS)
Jack Fardell (AUS)
Wanita
Nora Vasconcellos (AS)
Brighton Zeuner (AS)
Kisa Nakamura (JPN)
Lizzie Armanto (AS)
Grace Marhoefer (AS)
Jordyn Barratt (AS)
Kihana Ogawa (JPN)
Yndiara Asp (BRA)
Pencabar Ranking Tertinggi VPS
*Layak menerusi sirkit profesional jelajah VPS
Lelaki
Tristan Rennie (AS)
Trey Wood (AS)
Roman Pabich (AS)
Clay Kreiner (AS)
Murilo Peres (BRA)
Wanita
Sakura Yosozumi (JPN)
Bryce Wettstein (AS)
Nicole Hause (AS)
Arianna Carmona (AS)
Hunter Long (AS)
#alex sorgente #Brazil #brighton zeuner #IOC #ISF #Kensuke Sasaoka #Lizzie Armanto #Nora Vasconcellos #Olimpik Tokyo 2020 #Oskar Rozenberg Hallberg #Pedro Barros #Sakura Yosozumi #suzhou #Sweden #Tom Schaar #vans park series #VPS #World skate
;