Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford

Astro Arena
Disember 25, 2024 10:20 MYT
Walaupun perkara itu sudah lama berlalu tetapi kenangan itu masih segar di fikirannya. - Stadium Astro
LEGENDA Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, berkongsikan pengalamannya ketika tiba di Malaysia buat pertama kali dalam siri jelajah pasukannya itu pada 2001.
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur yang hadir memberikan sokongan di lapangan terbang, kawasan persekitaran hotel pasukan dan ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malah, walaupun perkara itu sudah lama berlalu tetapi kenangan itu masih segar di fikirannya hingga berasakan suasana penyokong yang hadir ketika itu seperti di old Trafford.
"23 tahun yang lalu saya masih ingat, saya berasa kagum apabila kami tiba di Kuala Lumpur untuk para pemain dan kejurulatihan memulakan siri jelajah kami.
"Saya kagum melihat betapa semangatnya dengan jumlah penyokong yang sudah menanti kami di lapangan terbang, di luar hotel dan ketika di tempat latihan kami.
"Dan semestinya semasa perlawanan dengan tiket habis terjual ia umpama beraksi di Manchester sendiri seperti dihadapan penyokong sendiri." katanya dalam satu temu bual bersama Stadium Astro.

Ruud Van Nistelrooy reflects on his unofficial Manchester United debut against Malaysia XI. Safe to say he's amazed by the seas of fans in Bukit Jalil Stadium. Catch the full interview on Stadium Astro's Youtube Channel now! pic.twitter.com/p4Qq4G1fPh

— Stadium Astro (@stadiumastro) December 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perlawanan persahabatan itu menyaksikan pasukan pilihan negara terpaksa akur apabila berakhir dengan keputusan tewas 0-6. - Stadium Astro
#Ruud van Nistelrooy #Manchester United #peminat #the Red Devils
;