Van Gaal dan Koeman menghitung hari
Astro Arena
Januari 22, 2016 16:31 MYT
Januari 22, 2016 16:31 MYT
MENJELANG pertemuan Manchester United dan Southampton di Old Trafford pada Sabtu, Louis van Gaal dan Ronald Koeman perlukan kemenangan kerana pengendali kedua dua pasukan ini berdepan risiko yang tersendiri.
Dengan kemenangan yang baru dicipta ke atas musuh ketat, Liverpool Ahad lalu, tekanan Van Gaal di Old Trafford masih belum reda apabila bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola dikatakan mengadakan rundingan dengan pengurusan kelab itu di Paris.
Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, hanya kemenangan yang terus direkodkan di saingan liga mampu jadi senjata Van Gaal dalam memastikan tempatnya selaku pengendali United kekal, dengan kontrak yang dimeterai sehingga penghujung 2017.
Lain pula ceritanya dengan Koeman yang sudah bersedia untuk meletakkan kepercayaan kepada pemain yang baru di tandatangani, Charlie Austin.
Bekas penyerang QPR ini mula menyepi, sejak mengalami kecederaan hamstring pada pertengahan Disember tahun lalu.
Namun selepas seminggu menjalani latihan di St.Mary, Koeman pasti Austin tidak akan menghampakan mereka.
Kedudukan liga buat masa ini menyaksikan United berada di tangga kelima, dengan 37 mata, 2 mata dipisahkan dengan Tottenham Hotspur dan West Ham United.
Southampton pula di tangga kesepuluh dengan 30 mata.
Sementara itu, saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini akan menyaksikan Liverpool cuba bangkit dari siri kekalakan pada aksi menentang Norwich City.
Manakala Leicester City akan menentang Stoke City.
Aksi Manchester United menentang Southampton boleh disaksikan secara langsung di FOX Sports pada Sabtu, 10.55 malam.