V Shem dan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia
Bernama
November 10, 2016 23:23 MYT
November 10, 2016 23:23 MYT
Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
BWF yang mengemas kini ranking dunia terbaru itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen (67,534).
Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Okt lepas.
Menurut laman web http://www.bwfbadminton.org, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata. -- BERNAMA