Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemain negara supaya tidak terlalu ghairah selepas berjaya meraih tiga mata sulung pada aksi pembukaan kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Jakarta, Indonesia, malam tadi.
Beliau menegaskan kemenangan tipis 3-2 ke atas musuh tradisi, Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno merupakan satu permulaan positif sebelum melayan kunjungan salah sebuah gergasi Asia Barat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kedua kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Sept ini.
Pengendali berusia 51 tahun itu mendedahkan, beliau perlu menggunakan pendekatan berbeza apabila menentang pasukan ranking ke-65 dunia itu yang dibarisi beberapa pemain terbaik seperti dua pemain kelab Al Jazira iaitu Omar Abdul Rahman dan Ali Mabkhout.
"Pasukan UAE mempunyai pemain yang baik di setiap posisi, jadi kita harus memberi fokus sepenuhnya dan berhati-hati pada babak awal permainan menentang mereka nanti," katanya ketika ditemui pemberita setibanya dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.
UAE hadir ke Kuala Lumpur dengan reputasi cemerlang selepas merekodkan dua kemenangan pada aksi pemanas badan di Bahrain, iaitu membenam Republik Dominica, 4-0, selain mengatasi Sri Lanka dengan keputusan 5-1.
Untuk rekod, Malaysia pernah dimalukan dengan kekalahan 0-10 kepada UAE pada aksi kumpulan A pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2018 (Zon Asia) di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi pada 2015.
Dalam pada itu, Cheng Hoe mengakui kemasukan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dari Gambia yang menggantikan Muhammad Hadin Azman pada penghujung babak pertama perlawanan, jelas menukar tempo permainan sehingga membolehkan skuad kebangsaan bangkit untuk menewaskan skuad Garuda di tempat lawan pada perlawanan malam tadi.
"Kehadiran beliau (Sumareh) memberi impak positif dan kita lihat pada separuh masa kedua, pasukan beraksi dengan lebih baik sehingga wisel penamat," katanya.
Beliau pada masa sama turut berpuas hati dengan kawalan keselamatan oleh pihak tentera dan Polis Metropolitan Jakarta bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawai skuad kebangsaan ke hotel penginapan walaupun terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda selepas berakhirnya perlawanan berkenaan.
Untuk rekod, Cheng Hoe pernah menaiki kereta perisai Barracuda selepas Malaysia menewaskan Indonesia dengan keputusan agregat 4-2 pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2010 di venue yang sama, di mana beliau ketika itu merupakan penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan kepada Datuk K. Rajagobal.
Pada aksi semalam, Sumareh yang masuk ke padang selaku pemain gantian pada penghujung babak pertama perlawanan, menjadi wira skuad negara apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan dalam babak kedua.
Kedua-dua pasukan sebelum itu seri 2-2, dengan penyerang Indonesia kelahiran Brazil, Alberto Goncalves membuka jaringan untuk skuad Garuda pada minit ke-12 sebelum Sumareh menyamakan kedudukan untuk Malaysia pada minit ke-37.
Goncalves yang beraksi dengan Madura United, kembali meletakkan Indonesia di hadapan pada minit ke-39, sebelum Muhammad Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-65.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019

CHENG HOE: Pasukan UAE mempunyai pemain yang baik di setiap posisi, jadi kita harus memberi fokus sepenuhnya dan berhati-hati pada babak awal. - Astro Arena
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Dr Mahathir tiup semangat kepada skuad Harimau Malaya
Pasukan Harimau Malaya menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.

Kami sedar bahaya di GBK, tetapi kami terus fokus yang terbaik - Cheng Hoe
Mereka mempunyai keyakinan berdasarkan perbincangan di antara FAM dan PSSI tentang kawalan keselamatan di Gelora Bung Karno.

Rusuhan bola sepak: Netizen desak FIFA ambil tindakan terhadap Indonesia
Penyokong tuan rumah turut membaling batu, besi, botol dan suar setelah tidak dapat menerima kekalahan Garuda di tangan Harimau Malaya di tempat sendiri.

Garuda 'dibaham' Harimau Malaya: INA 2-3 MAS
Skuad Malaysia atasi tentangan sengit Indonesia dalam perlawanan dramatik di Gelora Bung Karno untuk mengutip tiga mata berharga.

Demi negara, Andik Vermansah terpaksa 'gaduh dengan saudara'
Keakraban Andik dengan ramai pemain Harimau Malaya selepas lima tahun mencari rezeki di bumi Malaysia terpaksa dilupakan untuk seketika demi menjulang Garuda di dada.

Tigers Resurrected: Kejayaan sukan perlu usaha berbilang kaum
"Bukan semua skuad dan mereka di belakang tabir semasa Suzuki Cup 2010 orang Melayu sahaja," kata pengarah dokumentari Road to Nationhood, Ahmad Yazid.

Hadiah ulang tahun kelahiran ke-35 terindah buat Nicol
Pengalaman memisahkan Nicol dengan junior senegara, S. Sivasangari untuk menang 5-4 dan merangkul emas ketujuhnya dalam Sukan Asia.

Olahraga: Azim kecewa situasi yang dihadapi Poad
Azim tidak bersetuju dengan layanan yang diterima Poad sambil menegaskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu lebih bertanggungjawab dan bukan mengambil sikap lepas tangan.