Uruguay hormati Chile sebagai lawan istimewa

Astro Arena
Jun 24, 2015 12:00 MYT
Juara bertahan itu mengintai peluang untuk mencatat rekod dengan menjuarai kejohanan itu buat kali ke-16
Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez, bertegas pemain-pemainnya sudah bersedia dari segi psikologi untuk mengharungi peringkat kalah mati Copa America – sesuatu yang harus merimaskan tuan rumah, Chile.
“Perlawanan ini adalah istimewa buat pemain-pemain saya. Mereka memiliki perwatakan diperlukan untuk mengungguli perlawanan seperti ini,” kata Tabarez di sebalik pasukannya hanya mara ke suku akhir dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan B.
Juara bertahan itu mengintai peluang untuk mencatat rekod dengan menjuarai kejohanan itu buat kali ke-16 sambil Tabarez mengingatkan bahawa pasukannya akan bermati-matian dengan menganggap pertemuan dengan Chile umpama final.
Jurulatih Uruguay itu, pada masa yang sama, mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap skuad La Roja, dengan mengangkat pemain tengah lawan, Arturo Vidal, sebagai antara yang paling memukau tumpuan.
“Vidal adalah antara pemain terbaik yang pernah saya saksikan dalam perebutan bola tinggi,” ktanya.
Pemenang perlawanan ini akan seterusnya berdepan pemenang saingan Bolivia-Peru dalam separuh akhir.
#Chila #Copa America #Uruguay
;