UNL: Tiga tonggak muda terlepas wakili England
Astro Arena
Oktober 8, 2024 10:50 MYT
Oktober 8, 2024 10:50 MYT
ENGLAND dilanda tiga kecederaan menjelang perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) yang membabitkan Kobbie Mainoo, Morgan Gibbs-White dan Ezri Konsa yang secara tidak langsung memaksa mereka menarik diri.
The Three Lions terlebih dahulu menerima perkhabaran baik setelah kecederaan yang menimpa Harry Kane ketika menentang Eintracht Frankfurt disahkan tidak serius dan dia akan dapat memainkan peranan dalam perlawanan bulan ini.
Bagaimanapun, ketiga-tiga rakan sepasukannya itu tidak dapat menyertai skuad yang akan beraksi di St. George's Park itu, namun Lee Carsley dijangka tidak akan memanggil sebarang pengganti.
Mainoo membuat penampilan sulung antarabangsanya awal tahun ini serta telah membuat 10 penampilan bersama England, dan salah satu daripada penampilan itu di bawah kendalian Carsley ketika bertemu Ireland.
Tetapi kecederaan lutut ketika Manchester United berentap dengan Aston Villa telah menghalang hasratnya kali ini.
Konsa pula terpaksa dikeluarkan dalam separuh masa kedua perlawanan itu setelah mengalami kecederaan hamstring ketika seri 0-0.
Gibbs-White, yang diberikan penampilan sulung senior England bulan lalu juga mengalami masalah ketika seri 1-1 dengan Chelsea.
Pemain tengah itu pernah membuat 15 penampilan di bawah Carsley ketika di peringkat bawah 21 tahun.
England akan menerima kunjungan Greece di Wembley Jumaat ini sebelum ke Helsinki untuk menentang Finland, Isnin depan.