UNL: Kylian Mbappe kembali galas peranan ketua pasukan Les Bleus
Astro Arena
Mac 14, 2025 12:30 MYT
Mac 14, 2025 12:30 MYT
Mbappeyang merakamkan 48 gol dalam 86 penampilan bersama Perancis akan mengetuai negaranya dalam perlawanan menentang Croatia. - Foto Stadium Astro
KYLIAN Mbappe kembali ke pangkuan skuad Perancis untuk perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Croatia, setelah terlepas dua jendela antarabangsa terakhir.
Mbappe telah disisihkan oleh Didier Deschamps dalam kemenangan ke atas Israel dan Belgium pada Oktober lalu atas kebimbangan tahap kecederaanbta, kemudian sekali lagi dipinggirkan untuk perlawanan terakhir Kumpulan A2, UNL pada berikutnya biarpun cergas untuk mewakili kelabnya.
Deschamps berkata bahawa pengecualian terakhir itu berlaku sekali sahaja dan penyerang Real Madrid itu kembali dalam barisan utama untuk dua pertembungan dengan Croatia bulan ini.
Bahkan, Mbappe -- yang merakamkan 48 gol dalam 86 penampilan bersama Perancis -- juga akan mengetuai negaranya dalam perlawanan tersebut.
"Saya telah bercakap dengannya, saya mengesahkannya, dia akan menjadi kapten.
"Bukan gaya saya untuk memperincikan butiran perbincangan itu," kata ketua jurulatih itu dalam sidang media malam tadi. -- Stadium Astro