Universiad: Malaysia benam Iran, Kim Swee puas

Astro Arena
Julai 5, 2015 14:00 MYT
Pada aksi kedua Kumpulan C itu, gol tunggal pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dijaringkan pemain pertahanan, Mohamad Awang Kechik seawal minit ke-13 permainan.
Skuad bola sepak negara di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 berjaya menghidupkan peluang ke suku akhir selepas menewaskan Iran 1-0
Pada aksi kedua Kumpulan C itu, gol tunggal pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dijaringkan pemain pertahanan, Mohamad Awang Kechik seawal minit ke-13 permainan.
"Kemenangan yang amat mustahak kerana ia membuka balik peluang kita"
"Walaupun banyak bertahan, pemain saya berdisiplin dan memberi respon yang bagus serta mengambil peluang yang diberi," jelas Kim Swee.
Dengan keputusan satu kalah, dan satu menang, peluang buat Malaysia kini masih terbuka dalam saingan Kumpulan C.
Sekaligus skuad negara membawa misi mesti menang menentang lawan seterusnya ketika mata terikat dengan Brazil ketika ini
Malaysia bakal bertemu Jepun, yang menewaskan Brazil dalam aksi seterusnya pada 7 Julai.
#bola sepak #Mohamad Awang Kechik #Ong Kim Swee #universiade
;