United tidak rindukan Pogba - Mourinho
Astro Arena
Oktober 2, 2017 10:14 MYT
Oktober 2, 2017 10:14 MYT
JOSE MOURINHO berpendapat Manchester United tidak memikirkan tentang Paul Pogba dan pemain-pemain lain yang sedang mengalami kecederaan.
Pogba tidak dapat beraksi sejak 12 September, selepas mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Basel dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Mourinho telah mendedahkan pemain tengah itu terpaksa berehat panjang.
Tetapi United tetap menyerlah tanpa kelibat Pogba, meraih kemenangan 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Crystal Palace menjadi kemenangan yang ketujuh berturut-turut dalam semua kejohanan.
Mourinho berasakan mengeluh mengenai pemain utama yang tidak dapat beraksi bukanlah perbualan utama United.
"Kami tidak merindui pemain-pemain yang mengalami kecederaan.
"Ia merupakan cara kami berfikir. Mereka mengalami kecederaan, kami tidak memikirkan tentang mereka.
"Ia merupakan peluang untuk pemain lain mengisi kekosonga tersebut untuk membuktikan kebolehan masing-masing.
"Ketika kami terlalu mengeluh mengenai masalah kecederaan pemain-pemain, ia menunjukkan kepada kami seperti mempercayai kepada pemain-pemain lain," kata Mourinho.
United berdepan Liverpool di Anfield selepas aksi perlawanan antarabangsa pada 14 Oktober.