United gagal prestasi atasi City - Solskjaer

Astro Arena
Mac 12, 2021 03:01 MYT
Ole Gunnar Solskjaer menyapa Simon Kjaer di hujung perlawanan aksi pertama pusingan 16 Liga Europa antara Manchester United dan AC Milan di Old Trafford, Manchester, England, 11 Mac, 2021. (Foto AP)
OLE Gunnar Solskjaer mendakwa Manchester United gagal menampilkan permainan seperti bertemu Manchester City hujung minggu lalu apabila tandukan Simon Kjaer memastikan keputusan seri 1-1 buat Milan dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Europa.
United cemerlang selepas mereka mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) City di Stadium Etihad, namun Red Devils gagal melakukan perkara yang sama ketika berdepan skuad Milan kendalian Stefano Pioli di Old Trafford awal pagi tadi.
Amad Diallo menjadi pemain bukan dari Britain termuda meledak gol buat United dalam kejohanan utama Eropah (18 tahun dan 243 hari), meledak gol pertama bersama Red Devils pada minit ke-50, tetapi Kjaer meledak gol penting buat Rossoneri pada penghujung permainan.
United tidak boleh merungut di sebalik jaringan Milan, apabila pelawat meraih 15 percubaan sementara tuan rumah sekadar melakukan tujuh, dan Solskjaer tidak dapat menutup kekecewaannya.
"Saya kecewa kerana kami dibolosi di penghujung permainan," katanya.
"Ia amat menyukarkan kami dan keputusan perlu ditentukan dalam perlawanan seterusnya.
"Kami jauh ketinggalan [daripada prestasi bertemu City]. Terlalu perlahan ketika mengawal bola.

we are Manchester and we will fight for another 90 minutes pic.twitter.com/z8NjqXNdOU

— Amad (@Amaddiallo_19) March 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di sebalik apa yang berlaku, kami telah mempelajari perkara yang positif bagi kami. Kami perlu kekal bermain cemerlang setiap minggu kerana kami bertemu lawan yang sukar dan Milan antara yang terbaik."
Ketika Solskjaer menerima seri adalah keputusan yang adil, Harry Maguire dan Daniel James rasa bersalah kerana gagal melunaskan peluang terhidang United.
"Percubaan daripada Dan James, separuh masa kedua, ia boleh berlaku kadang-kala, anda gagal melakukan sentuhan yang baik dengan bola seperti yang diinginkan," kata Solskjaer.
"Kami boleh meledak lebih banyak jaringan, tetapi keputusan seri adalah keputusan yang adil."
#Ole Gunnar Solskjaer #Manchester United #EPL #Manchester City #Liga Perdana Inggeris #Simon Kjaer #Liga Europa