"United dan Van Gaal membosankan" kata Scholes

Astro Arena
Januari 10, 2016 08:53 MYT
United mempamerkan aksi longlai sepanjang 90 minit perlawanan dan ketika Rooney meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan.
BEKAS bintang Manchester United Paul Scholes mengkritik bekas pasukannya selepas mempamerkan aksi hambar dalam kemenangan 1-0 keatas Sheffield United dalam saingan Piala FA.
"Mereka seperti tidak kisah beraksi hambar di hadapan penyokong sendiri," kata Scholes.
United mempamerkan aksi longlai sepanjang 90 minit perlawanan dan ketika Rooney meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan, beribu penyokong The Red Devils telah pun meninggalkan stadium.
"Pemain juga seperti kebosanan, jelas tiada semangat untuk bermain," katanya.
Walaupun United mencatat kemenangan namun Scholes tidak boleh menerima corak permainan United ketika ini.
#Liga Perdana Inggeris #Manchester United #Paul Scholes #Van Gaal