United berhak menang - De Gea

Astro Arena
Oktober 25, 2020 09:16 MYT
Reaksi David de Gea dalam perlawanan EPL antara Manchester United dan Chelsea di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 24 Okt, 2020. (Foto AP)
DAVID de Gea percaya Manchester United lebih berhak untuk menang berbanding Chelsea selepas mereka mengharungi aksi seri yang hambar awal pagi tadi.
Rekod tanpa kemenangan United di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dilanjutkan kepada perlawanan yang kelima -- rentetan paling panjang mereka sejak Februari 1990 -- selepas gagal menembusi pertahanan lawan.
Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, mempamerkan beberapa tampanan cemerlang untuk menafikan percubaan Marcus Rashford, termasuk pada penghujung permainan, dan percubaan daripada Bruno Fernandes.

0 Man Utd have failed to win their opening three home league games to a season for the first time since 1972-73. Blunted. #MUNCHE pic.twitter.com/l2pa9nG6XP

— OptaJoe (@OptaJoe) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia menyaksikan pemain kebangsaan Senegal itu menjadi penjaga gol pertama Chelsea yang berjaya tidak dibolosi oleh United sejak Thibaut Courtois pada Disember 2015.
De Gea berasakan pasukannya kecewa dengan satu mata, menyaksikan mereka sekadar di tangga ke-15 selepas lima perlawanan.
"Bagi saya, kami telah cuba melakukan peluang secukupnya untuk menang. Ia merupakan perlawanan sengit antara dua pasukan berkualiti, tetapi saya berasakan kami lebih berhak menang," katanya kepada MUTV.
"Saya berasakan kami memiliki dua atau tiga peluang terhidang. Terutama sekali menerusi percubaan Rashy, tetapi penjaga gol telah menafikannya."
"Ia merupakan perlawanan yang sukar dan kami akan cuba melihat ke hadapan untuk aksi seterusnya."
#David de Gea #Manchester United #Chelsea #rekod tanpa kemenangan #EPL #Edouard Mendy #Marcus Rashford #Bruno Fernandes #menang
;