KUALA LUMPUR: Undian rasmi kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 akan diadakan pada 30 Ogos di Bangkok, Thailand.
AFF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejohanan yang memasuki edisi ke-14 tahun ini, akan kembali berlangsung mengikut format penuh secara timbal balik dengan 10 pasukan yang layak akan bersaing merebut gelaran berprestij ASEAN itu.
"Undian rasmi akan menyaksikan pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dengan masing-masing lima pasukan, setiap pasukan akan bermain dua perlawanan secara timbal balik di peringkat kumpulan.
"Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati juga dijalankan secara timbal balik untuk perlawanan separuh akhir dan akhir," menurut AFF.
Menurut kenyataan itu, sembilan negara yang mengambil bahagian adalah Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam manakala pasukan ke-10 akan ditentukan melalui perlawanan play-off antara Brunei dan Timor Leste.
Wakil daripada Majlis AFF, ahli-ahli persatuan, penaja dan sebahagian daripada pasukan bertanding dijangka hadir pada majlis undian rasmi yang dijadual pada 2 petang waktu tempatan.
Sementara itu, Presiden AFF Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam kenyataan sama berkata pengumuman mengenai undian rasmi menandakan bermulanya langkah penting dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022.
"Kami yakin peminat dan pasukan-pasukan kebangsaan berkongsi keterujaan ini, dan undian ini bermakna bermulalah persediaan ke arah pertunjukan bola sepak terbesar di rantau ini yang akan berlangsung pada hujung tahun," katanya.
Peminat bola sepak boleh mengikuti strim langsung sesi undian berkenaan di laman rasmi Piala AFF 2022 dan platform media sosial, serta pelbagai saluran serta platform rakan media rasmi kejohanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
![Undian rasmi Piala AFF 2022 pada 30 Ogos di Bangkok Undian rasmi Piala AFF 2022 pada 30 Ogos di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660113905_bangkoktourism.jpg)
Undian rasmi kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 akan diadakan pada 30 Ogos di Bangkok, Thailand.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709809464_TBStuartRamalingam.jpg)
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
![Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692573304_HarimauMuda.jpg)
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
![Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692099407_SkuadbawahB.jpg)
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
![Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680066699_MuhamadAkhyarAbdul.jpg)
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
![Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675769294_HamidinMohdAmin.jpg)
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
!['Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA' 'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640439162_TBSATHIA.jpg)
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
![FIFA iktiraf Piala AFF FIFA iktiraf Piala AFF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673885102_ThailandPialaAFF.jpg)
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
![Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673885102_ThailandPialaAFF.jpg)
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
![Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2 Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673624525_AFFVIETNAMTHAILA.jpg)
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
![Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673408943_AFF.jpg)
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.