UK, Ireland hantar bidaan anjur Euro 2028
Astro Arena
April 13, 2023 09:40 MYT
April 13, 2023 09:40 MYT
UNITED Kingdom (UK) dan Ireland telah menghantar satu bidaan rasmi untuk menganjurkan Euro 2028 dengan stadium Everton, Tottenham dan Newcastle United antara yang dicadangkan sebagai venue pertandingan.
Secara keseluruhan, sebanyak 10 stadium disenaraikan dalam bidaan itu, termasuk Stadium Wembley, Hampden Park, Stadium Principality, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James Park, Stadium Aviva, Casement Park dan stadium baru Everton yang masih dalam pembinaan.
England sebelum ini pernah menganjurkan Piala Dunia 1966 dan Euro 1996 sambil beberapa perlawanan turut berlangsung di Stadium Wembley dan Hampden Park dalam Euro 2020.
Euro Wanita 2022 juga dianjurkan di England, di mana pasukan tuan rumah berkenaan kemudian bergelar juara.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) sebelum ini turut mengesahkan bahawa mereka juga menerima bidaan daripada Turki untuk menganjurkan Euro 2028 atau 2032 manakala Itali pula membida bagi edisi 2032.
Jawatankuasa Eksekutif UEFA akan melakukan undian pada Oktober depan untuk menentukan negara mana akan dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi berkenaan. - Stadium Astro