Ujian terbesar Kevin Yeap ke Rio 2016
Astro Awani
Jun 9, 2016 10:38 MYT
Jun 9, 2016 10:38 MYT
MISI perenang negara, Kevin Yeap untuk layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara renang terbuka tidak semudah disangka kerana perlu muncul terbaik Asia.
Kevin akan berdepan ujian terbesar selepas buat keputusan mencuba nasib dalam renang terbuka.
Dia tiba di Setubal, Portugal Ahad lalu namun, masih tidak sempat menguji tempat pertandingan.
Kali terakhir dia beraksi dalam renang terbuka ialah ketika meraih pingat perak Sukan SEA Indonesia 2011 dan sejak itu, kebanyakan masa dihabiskan di kolam renang.
Sebanyak 14 kuota lelaki dan wanita disediakan dalam saingan 10km di Setubal.
Selain Kevin, Malaysia akan turut diwakili perenang berpangkalan di Australia, Heidi Gan yang turut layak pada London 2012.
Begitupun, cabaran tambah sukar kerana lebih 70 perenang lelaki dan wanita termasuk pemenang pingat kejohanan dunia akan turut beraksi di Setubal.
Heidi akan memulakan cabaran, Sabtu ini diikuti Kevin pada Ahad.