UFC: Kamaru Usman cipta sejarah pertahan gelaran welterweight
Astro Arena
Februari 14, 2021 15:55 MYT
Februari 14, 2021 15:55 MYT
KAMARU Usman menumbangkan Gilbert Burns untuk mempertahankan kejuaraan welterweight championship di UFC 258.
Usman menghentikan cabaran Burns dalam pusingan ketiga perlawanan utama di UFC Apex di Las Vegas, di mana juara bertahan itu melepaskan tumbukan sebelum perlawanan dihentikan pengadil, Herb Dean.
Petinju MMA berusia 33 tahun itu (18-1), yang dikejutkan dengan beberapa tumbukan deras Burns dalam pusingan pembukaan, berjaya mengawal tempo perlawanan.
Usman -- juara sejak mengatasi Tyron Woodley di UFC 235 pada 2019 -- membuatkan Burns (19-4) terhuyung-hayang dalam pusingan kedua sebelum sekali lagi menjatuhkan lawannya itu di awal pusingan ketiga.
Ketika kemenangan menghampiri Usman, dia melepaskan deretan tumbukan ke arah Burns sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan ke-13 berturut-turut dalam sejarah welterweight -- mengatasi Georges St-Pierre.
"Terdapat sebab saya adalah terbaik di dunia ," kata Usman -- yang masih belum tewas dalam UFC.
"Ingat nama saya, hormati saya. Saya akan kekal di sini."