UFC 264: Buku lali patah, McGregor sekali lagi tewas di tangan Poirier

Haider Yutim
Julai 11, 2021 05:00 MYT
Pengadil Herb Dean terpaksa menghentikan pertarungan selepas McGregor tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan selepas tamat pusingan pertama. - Foto AP
Bintang UFC dari Ireland, Conor McGregor sekali lagi tewas di tangan petarung Amerika Syarikat Dustin Poirier selepas pertemuan mereka pada aksi UFC 264 sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung sengit itu menyaksikan Poirier menang menerusi TKO (doctor stoppage).
Pengadil Herb Dean menghentikan pertarungan selepas McGregor tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan selepas tamat pusingan pertama.
McGregor juga terpaksa diusung keluar dari gelanggang Octagon dengan 'stretcher' selepas buku lalinya dilaporkan patah.
Ini merupakan kali ketiga pertemuan McGregor dengan Poirier.
Kali pertama mereka bertemu ialah pada acara UFC 178, iaitu pada September 2014 di mana McGregor telah menewaskan Poirier menerusi TKO pada pusingan pertama.
Pertemuan kali kedua mereka ialah pada Januari lalu di mana Poireir menundukkan McGregor menerusi TKO (technical knockout) pada minit 2:32 pusingan kedua.
Dengan keputusan terbaharu ini, Poirier kini memegang rekod profesional MMA sebanyak 28 kemenangan dan enam kekalahan (28 - 6).
Manakala, McGregor pula memegang rekod sebanyak 22 kemenangan dengan enam kekalahan (22 - 6).
#Conor McGregor #UFC 264 #Dustin Poirier #UFC #MMA #Mixed Martial Arts #doctor stoppage #TKO