UFC 260: Menang KO, Francis Ngannou rampas kejuaraan heavyweight Stipe Miocic
Haider Yutim
Mac 28, 2021 13:30 MYT
Mac 28, 2021 13:30 MYT
FRANCIS Ngannou berjaya meraih kejuaraan heavyweight UFC selepas menewaskan juara bertahan Stipe Miocic dalam aksi UFC 260 di Las Vegas, pada Ahad.
Jaguh kelahiran Cameroon itu menundukkan lawannya menerusi KO (knock out) pada minit 0:52 pusingan kedua.
Ngannou menjatuhkan Miocic dengan tumbukan padu tangan kirinya, diikuti dengan hentakan ‘hammer-fist’ ke muka petarung Amerika Syarikat itu.
Ia sekali gus memaksa pengadil Herb Dean mencelah dan menghentikan pertarungan, serta mengisytiharkan Ngannou sebagai pemenang.
Dengan keputusan ini, Ngannou, 34, yang diberi jolokan nama 'The Predator' itu, kini memegang rekod profesional MMA sebanyak 16 kemenangan dan tiga kekalahan (16 - 3).
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kedua di antara Ngannou dan Miocic.
Pertembungan pertama mereka pada Januari 2018 lalu berakhir dengan Miocic sebagai pemenang dan juara kelas heavyweight.
#UFC
#UFC 260
#Francis Ngannou
#Stipe Miocic
#knock out
#MMA
#Mixed Martial Arts
#Cameroon
#Amerika Syarikat
#Herb Dean