UFC 259: Tewaskan Megan Anderson, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan featherweight

Haider Yutim
Mac 7, 2021 14:14 MYT
Nunes turut memegang kejuaraan dunia UFC untuk divisyen bantamweight wanita dan merupakan petarung wanita pertama yang memegang takhta kejuaraan dari dua division. - Foto Instagram/@UFC
AMANDA Nunes berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang disandangnya selepas menewaskan Megan Anderson dalam aksi UFC 259, di Las Vegas, pada Ahad.
Jaguh dari Brazil itu hanya memerlukan kira-kira 2 minit untuk menumpaskan lawannya dari Australia menerusi ‘submission’ bagi mempertahankan gelaran featherweight wanita UFC.
Anderson yang mempunyai kelebihan dari ketinggian dan saiz, ternyata tidak membantunya untuk merampas kejuaraan dari Nunes.
Nunes tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak. Beberapa tumbukan padu dari Nunes, membuatkan Anderson hampir goyang.
Malah, ‘kesilapan’ Anderson melakukan ‘take down’, jelas sekali memakan dirinya sendiri apabila Nunes menggunakan kemahiran ‘jiu-jitsu’ untuk mengunci Anderson melalui ‘triangle choke’ pada minit 2:03 pusingan pertama, sekali gus meraih kemenangan.
Dengan keputusan tersebut, Nunes kini memegang rekod profesional MMA sebanyak 21 kemenangan dengan empat kekalahan (21-4).
Selain featherweight, Nunes turut memegang kejuaraan dunia UFC untuk divisyen bantamweight wanita dan merupakan petarung wanita pertama yang memegang takhta kejuaraan dari dua division.
Dia meraih gelaran featherweight selepas menewaskan Cris Cyborg dalam aksi UFC 232 pada 2018 lalu.
Selain Cyborg, Nunes sebelum ini pernah mengalahkan beberapa petarung hebat seperti Ronda Rousey, Valentina Shevchenko dan Miesha Tate.
Sementara itu, dalam satu lagi pertarungan merebut kejuaraan, Petr Yan kehilangan gelaran bantamweight yang disandangnya kepada penacabar, Aljamain Sterling.
Is susulan serangan lutut yang disengajakan ke atas Sterling pada pusingan keempat.
#Amanda Nunes #UFC 259 #Megan Anderson #UFC #featherweight #MMA #Mixed Martial Arts #Petr Yan #Aljamain Anderson
;