UFC 238: Cejudo juara bantamweight dan flyweight, Shevchenko KO-kan Jessica Eye

Haider Yutim, Hilmi Ismail
Jun 9, 2019 15:06 MYT
Cejudo, 32 tahun, dari Amerika Syarikat mengalahkan Moraes dari Brazil menerusi TKO pada minit 4:51 pusingan ketiga untuk merebut gelaran juara dunia bantamweight UFC. - Foto AP
JUARA flyweight UFC, Henry Cejudo meraih kejuaraan keduanya selepas menewaskan Marlon Moraes dalam aksi UFC 238 di Chicago, Illinois pada Ahad.
Cejudo, 32 tahun, dari Amerika Syarikat mengalahkan Moraes dari Brazil menerusi TKO pada minit 4:51 pusingan ketiga untuk merebut gelaran juara dunia bantamweight UFC.
Gelaran tersebut dikosongkan selepas penyandangnya, TJ Dillashaw digantung perlawanan kerana gagal ujian doping pada Mac lalu.
Pertarungan acara utama itu menyaksikan kedua-dua petarung saling bertukar sepakan beserta beberapa siri tumbukan pada awal minit pusingan pertama.
Selang beberapa minit kemudian, Cejudo berjaya membuat ‘take down’ dan menjatuhkan Moraes ke kanvas untuk seketika.
Pada pusingan kedua pula, pertarungan dilihat telah sedikit didominasi oleh Moraes, namun Cejudo turut membalas dengan beberapa serangan pantas diikuti dengan serangan lutut ke bahagian muka Moraes.
Tidak membiarkan dirinya dibelasah, Moraes turut membuat ‘spinning kick’ dan beberapa tendangan ke arah kaki Cejudo, serta berjaya menjatuhkan lawannya itu ke lantai.
Pada pusingan ketiga, Cejudo melakukan cubaan untuk mengunci Moares menerusi ‘submission’ namun tidak berjaya.
Dia kemudiannya, terus menyerang Moraes dengan tumbukan dan siku, sehingga lawannya itu tidak dapat mempertahankan diri, dan memaksa pengadil untuk menghentikan perlawanan.
Keputusan itu menjadikan rekod kemenangan Cejudo, 15-2. Dia menjadi atlet UFC keempat yang memegang kejuaraan dua divisyen selepas Conor McGregor, Daniel Cormier and Amanda Nunes.
Selain itu, Cejudo juga pernah memenangi pingat emas dalam sukan gusti di temasya Olimpik Bejing pada 2009 lalu.
Sementara itu, acara 'co-main event' pula menyaksikan satu lagi pertarungan merebut kejuaraan iaitu bagi divisyen flyweight wanita.
Juara bertahan Valentina Shevchenko kali ini dicabar petarung dari Amerika Syarikat, Jessica Eye yang juga merupakan petarung yang menduduki ranking pertama dalam divisyen flyweight wanita.
Pertarungan bermula dengan beberapa siri tendangan padu dari Shevchenko ke arah badan Eye.
Shevchenko kemudian berjaya menjatuhkan lawannya dan membawa pertarungan ke kanvas Octagon.
Eye dilihat berjaya berdiri untuk seketika sebelum Shevchenko kembali mendominasi pertarungan dengan membawa Eye sekali lagi ke kanvas sehingga akhir pusingan pertama.
Pusingan kedua tidak bertahan begitu lama. Tendangan padu dari Shevchenko kali ini berjaya mengena tepat ke kepala Eye pada saat ke 26.
Akibat tendangan itu Eye terus rebah dan tidak sedarkan diri. Pengadil perlawanan terus menamatkan pertarungan dan memberi kemenangan kepada Shevchenko menerusi cara KO.

There u go... boom! #UFC238 pic.twitter.com/Nty6lvSm8f

— Haider Yutim (@hyder_yutim) June 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Shevchenko, 31 tahun yang berasal dari Kyrgyzstani kini memegang rekod MMA 17-3.
Dengan kemenangan ini, Shevchenko sememangnya boleh dianggap antara petarung MMA wanita terhebat ketika ini.
#bantamweight #Henry Cejudo #Jessica Eye #Juara flyweight UFC #Marlon Moraes #Mixed Martial Arts #MMA #seni bela diri campuran #TKO #UFC #UFC 238 #Valentina Shevchenko
;