UFC 232: Nunes KO-kan Cris Cyborg dalam 51 saat

Haider Yutim
Disember 30, 2018 13:56 MYT
Amanda Nunes (kanan) diumum pemenang selepas menundukkan Cris Cyborg dalam aksi UFC 232 pada Ahad. - Foto AP
JUARA UFC bantamweight wanita, Amanda Nunes berjaya meraih satu lagi gelaran dunia selepas menewaskan Cris Cyborg dalam aksi UFC 232, di California, pada Ahad.
Nunes menang menerusi ‘knockout’ pada minit 0.51 pusingan pertama untuk merampas kejuaraan featherweight dunia dari Cyborg.
Pertarungan bermula dengan beberapa pukulan oleh Nunes, yang jelas sekali mendominasi perlawanan.
Kedua-dua petarung dari Brazil itu mula membalas tumbukan meskipun Cyborg mulai kelihatan goyah.
Nunes kemudiannya melancarkan beberapa lagi pukulan sebelum lawannya itu rebah dan seterusnya tewas.
Dengan kemenangan tersebut, Nunes menjadi petarung wanita pertama yang memegang takhta kejuaraan dari dua division.
Dia juga menjadi petarung wanita pertama yang berjaya menundukkan Cyborg menerusi ‘knockout’.
#Amanda Nunes #Cris Cyborg #juara dunia bantamweight #juara dunia featherweight #knockout #MMA #UFC #UFC 232
;