UEL: Ronaldo perlukan gol itu - Ten Hag selepas Manchester United benam Sheriff

Astro Arena
September 16, 2022 09:10 MYT
Ronaldo melemparkan senyuman ketika perlawanan UEL kumpulan E antara Sheriff Tiraspol dan Manchester United di Stadium Zimbru, Chisinau, Moldova, 15 Sept 2022. (Foto AP)
SHERIFF 0 MANCHESTER UNITED 2
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, berkata Cristiano Ronaldo "memerlukan gol itu" selepas penyerang veteran berkenaan akhirnya memperoleh jaringan pertamanya sepanjang musim ini ketika menewaskan Sheriff Tiraspol dalam Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.
Ronaldo menjaringkan gol sepakan penalti sewaktu pasukannya meraih kemenangan 2-0 di Moldova, di mana pasukan bimbingan Ten Hag itu turut meraih tiga mata pertama dalam UEL.
Ia merupakan jaringan pertama pemain berusia 37 tahun itu selepas lapan penampilan sepanjang musim ini, yang juga merupakan jaringannya yang ke-699 di peringkat kelab.
"Ronaldo perlukan gol itu," kata Ten Hag.
"Dia banyak kali hampir melakukannya (dalam musim ini) tetapi dia benar-benar mahukannya.
"Kami gembira untuknya dan pasukan ini mahu memberikannya jaringan.
"Anda sentiasa tahu Ronaldo akan menjaringkan sepakan penalti," katanya.
Aksi di Stadionul Zimbru itu menyaksikan Jadon Sancho terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-17 sebelum Ronaldo menggandakan jaringan berkenaan pada minit ke-39.
United kini berada di tangga kedua Kumpulan E dengan tiga mata daripada dua perlawanan dan ketinggalan tiga mata di belakang pasukan pendahulu, Real Sociedad.

Two goals. Three points #MUFC || #UEL

— Manchester United (@ManUtd) September 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Cristiano Ronaldo #UEL #Erik ten Hag
;