UEL: Pemain berdarah Indonesia, Mees Hilgers bantu Twente ikat Manchester United

Astro Arena
September 26, 2024 13:00 MYT
Mees Hilgers merupakan calon naturaliasasi yang akan memperkuatkan skuad Garuda susulan mempunyai partalian darah daripada ibunya. - Stadium Astro
PEMAIN warisan Belanda-Indonesia, Mees Hilgers, menjadi watak penting ketika membantu pasukannya Twente mengikat Manchester United dalam saingan Liga Eropah (UEL) 1-1, di Old Trafford, awal pagi tadi.
Pemain pertahanan itu merupakan calon naturaliasasi yang akan memperkuatkan skuad Garuda susulan mempunyai partalian darah daripada ibunya yang merupakan warga Sulawesi Utara.
Sebelum ini dia dikhabarkan pernah menolak tawaran daripada Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) kerana ingin merebut tempat mewakili skuad Belanda.
Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu telah beraksi dalam 88 perlawanan dalam Liga Eredivisie dengan telah menjaringkan dua gol serta dua bantuan jaringan. -- Stadium Astro
#Mees Hilgers #darah kacukan Indonesia #Twente #ikat Manchester United
;