UEL: Dua gol masa tambahan bawa AS Roma ke separuh akhir

Astro Arena
April 21, 2023 12:27 MYT
Kemenangan itu menyaksikan Roma akan menghadapi dua pertemuan dengan wakil Jerman, Bayer Leverkusen, bagi penentuan ke final. - Stadium Astro
STEPHAN El Shaarawy dan Lorenzo Pellegrini menjaringkan gol dalam masa tambahan untuk membawa AS Roma ke separuh akhir Liga Europa (UEL) dengan menewaskan Feyenoord 4-1 awal pagi tadi.
Ini selepas Giallorossi bangkit daripada ketinggalan satu gol dalam perlawanan pertama minggu lalu untuk meneruskan kemaraan dengan kelebihan agregat 4-2.
Gol pembukaan Leonardo Spinazzola dalam babak kedua memastikan Roma memadamkan jaringan Mats Wiefer daripada pertemuan pertama tetapi Igor Paixao kembali meletakkan pelawat di depan secara agregat menerusi tandukannya berbaki 10 minit terakhir.
Bagaimanapun, Paulo Dybala menyelamatkan nasib Roma menerusi penyudah gemilangnya pada minit ke-89 untuk mengheret perhitungan itu ke masa tambahan.
Dan Roma terus menguasai sepanjang tempoh 30 minit berkenaan, di mana El Sharawy memastikan mereka berkelebihan dengan menyudahkan hantaran rendah Justin Bijlow sebelum video bantuan pengadil mengesahkan jaringan Pellegrini biarpun pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid.
Kemenangan itu menyaksikan Roma akan menghadapi dua pertemuan dengan wakil Jerman, Bayer Leverkusen, bagi penentuan ke final. -- Stadium Astro
#Liga Europa #Roma #Feyenoord #Separuh Akhir
;