UEFA, EPL dan Liga Eropah bantah cadangan tubuh Liga Super Eropah

Astro Awani
April 19, 2021 08:10 MYT
UEFA, Liga Perdana malah Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson membantah cadangan penganjuran Liga Super Eropah. -Gambar fail
CADANGAN penganjuran Liga Super Eropah mendapat kecaman banyak pihak.
UEFA, Liga Perdana malah Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson membantah cadangan penganjuran berkenaan.
UEFA menegaskan akan menggunakan segala pendekatan bagi menghentikan projek ini.
Cadangan berkenaan turut mencetus kemarahan pelbagai badan kawal selia bola sepak.
Liga Perdana Inggeris dalam satu kenyataan menyifatkan penganjuran liga berkenaan akan memusnahkan konsep persaingan terbuka.
Liga-liga bola sepak lain pula mengancam untuk mengenakan sekatan aksi domestik bagi kelab yang menyertai persaingan Liga Super Eropah.
Selain itu pemain terlibat juga akan dikenakan larangan untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan masing-masing.
Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) Januari lalu sudah mengeluarkan kenyataan persaingan liga berasingan daripada yang sedia dianjurkan ketika ini tidak akan diiktiraf.
Pelbagai implikasi lain turut menanti kelab dan pemain yang terlibat dalam saingan liga tersebut.
#FIFA #Liga Perdana Inggeris #EPL #Liga Super Eropah #Boris Johnson #Persekutuan Bola Sepak Dunia #badan kawal selia bola sepak
;