UCL: United tewaskan PSG sekali lagi, Rashford jaring gol minit akhir

Astro Awani
Oktober 20, 2020 05:30 MYT
Pemain PSG Neymar beraksi bersama pemain Manchester United Fred dan Paul Pogba dalam perlawanan UCL antara PSG dan Manchester United di Parc des Princes, Paris, 20 Okt, 2020. REUTERS.
PARIS ST GERMAIN 1 - 2 MANCHESTER UNITED
Manchester United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Paris St Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) perlawanan Kumpulan H awal pagi ini (waktu Malaysia).
Marcus Rashford mengulangi kecemerlangan 18 bulan lalu di Parc Des Princes apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87.
Ini sekali gus menandakan kepulangan United ke kejohanan UCL dengan langkah kanan.
Pelawat terdahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes.
PSG kemudian mencatat penyamaan menerusi jaringan gol sendiri oleh Anthony Martial.
David de Gea turut memainkan peranan menyelamatkan beberapa percubaan bintang PSG, Kylian Mbappe dan Neymar.
#Manchester United #PSG #UCL #bola sepak #Marcus Rashford #Neymar #Bruno Fernandes #Anthony Martial
;