UCL: Skuad muda United raih seri bertemu Young Boys
Astro Arena
Disember 9, 2021 10:33 MYT
Disember 9, 2021 10:33 MYT
MASON Greenwood menjaringkan gol yang menakjubkan ketika Manchester United seri 1-1 dengan Young Boys di Old Trafford dalam perlawanan akhir Kumpulan F mereka.
Di sebalik rombakan 11 pemain dilakukan Ralf Rangnick dalam pasukan yang mengatasi Crystal Palace hujung minggu lalul, Red Devils bermula dengan cemerlang apabila Greenwood merembat masuk gol selepas menemui hantaran silang Luke Shaw.
Bagaimanapun, pelawat menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat separuh masa apabila Fabian Rieder merampas bola daripada kawalan United sebelum merembat masuk bola mengatasi Dean Henderson.
Aksi kurang bertenaga dalam separuh masa kedua dipamerkan United dengan Young Boys yang kelihatan lebih memberikan ancaman namun gagal memperoleh gol kemenangan sekaligus cabaran mereka di pentas Eropah berakhir.