UCL: Napoli aibkan Liverpool dalam aksi pembukaan

Astro Arena
September 8, 2022 09:14 MYT
Pemain Napoli Giovanni Di Lorenzo dan pemain Liverpool Luis Diaz ketika beraksi dalam perlawanan UCL kumpulan A antara Napoli dan Liverpool di Stadio Diego Armando Maradona, Naples, Itali, 7 Sept 2022. REUTERS
LIVERPOOL diaibkan dalam saingan Liga Juara-Juara apabila Napoli merakamkan kemenangan 4-1 ke atas pasukan kendalian Jurgen Klopp.
Hanya 102 hari selepas tewas di final kepada Real Madrid pada malam yang huru-hara di Stade de France, The Reds kembali beraksi di pentas Eropah bagi mengejar rekod kelab -- melakar kemenangan di tempat lawan kali ketujuh berturut-turut dalam saingan UCL.
Tetapi prestasi Liverpool yang kurang konsisten dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) berterusan ke perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara mereka dan mereka bernasib baik kerana hanya ketinggalan tiga kali menentang Napoli pada 45 minit pertama bertemu skuad kendalian Luciano Spalletti yang berwajah baru itu.
Victor Osimhen menggegar palang di awal permainan dan Piotr Zielinski membuka jaringan pada minit kelima selepas bola terkena tangan James Milner.
Napoli sekali lagi mendapatkan satu lagi sepakan penalti tetapi Alisson Becker menafikan Osimhen, sebelum Virgil van Dijk -- yang telah memberikan penalti itu -- kembali untuk menggagalkan Khvicha Kvaratskhelia.
Namun Liverpool gagal untuk bangkit daripada ketinggalan di Stadio Diego Armando Maradona, di mana bekas pemain tengah Fulham, Andre-Frank Zambo Anguissa dan pemain gantian Giovanni Simeone meledak sebelum tamat separuh masa pertama.
Napoli meraikan jaringan keempat pada separuh masa kedua apabila Zielinski mendapatkan jaringan peribadi yang kedua, bermakna Luis Diaz hanya berjaya mendapatkan gol saguhati buat pelawat.
Kemenangan tersebut ternyata mencerikan penyokong di selatan Itali, manakala Liverpool berharap permulaan buruk mereka untuk kempen telah berakhir dengan kekalahan memalukan ini.
#Liverpool #UCL #Napoli #Luis Diaz
;