UCL: Mane, Sane dilapor bergaduh dalam bilik persalinan

Astro Arena
April 13, 2023 11:45 MYT
Kedua-dua pemain itu didapati bergaduh sesama sendiri di dalam bilik persalinan sehingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan. - Gambar/ Stadium Astro
DUA pemain Bayern Munich, Sadio Mane dan Leroy Sane, dilaporkan bergaduh dalam bilik persalinan sejurus tewas 0-3 kepada Manchester City dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.
Menurut media-media tempatan, kedua-dua pemain itu didapati bergaduh sesama sendiri di dalam bilik persalinan sehingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.
Sane dilaporkan ditumbuk di bahagian muka oleh Mane sehingga pecah bibir tetapi Bayern setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Sebagai rekod, kekalahan itu merupakan yang terbesar pernah dihadapi Bayern dalam saingan UCL sejak 2017.
Mereka akan kembali bertemu City di Arena Allianz minggu depan dalam usaha untuk menterbalikkan defisit aregat itu bagi menempah tempat ke separuh akhir. - Stadium Astro
#Bayern Munich #Sadio Mane #Leroy Sane #bergaduh
;