UCL: Manchester City kini sebaris kelab elit, kata Pep Guardiola

Astro Arena
Jun 11, 2023 13:02 MYT
Pep Guardiola memegang trofi selepas pasukannya memenangi UCL menewaskan Inter Milan di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul, Turki, 11 Jun 2023. (Foto AP)
PEP Guardiola percaya Manchester City telah mendapat tempat dalam kalangan yang kelab elit selepas akhirnya menawan Liga Juara-Juara (UCL).
City melengkapkan kejayaan 'treble' pada satu malam gemilang di Istanbul, awal pagi tadi, apabila mereka menewaskan Inter Milan dalam perlawanan akhir yang sengit dengan jaringan tunggal Rodri pada minit ke-68.
City mendominasi kancah domestik sepanjang di bawah kendalian Guardiola dengan memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh enam tahun serta dua Piala FA dan empat Piala Carabao, tetapi kemarau kejayaan Eropah.
“Anda perlu menang di Eropah untuk dianggap pasukan yang hebat dan kami berjaya melakukannya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Olimpik Ataturk.

History: ! #ManCity | #UCLfinal pic.twitter.com/ZswuUHHsh3

— Manchester City (@ManCity) June 10, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Cabaran bagi City ketika ini adalah untuk meneruskan kejayaan mereka dan melakar satu era dalam bola sepak Eropah.
Guardiola berkata: “Saya tidak mahu hilang selepas satu UCL. Kami perlu bekerja keras musim depan dan berada di sana.
“Ada pasukan yang pernah memenangi UCL kemudian lenyap. Kami kena elakkannya.
"Jika anda mengenali saya maka anda tahulah bahawa ia tidak akan berlaku tetapi untuk memiliki trofi ini adalah satu kelegaan yang besar."
#Manchester City #UCL #Pep Guardiola #Liga Juara-Juara
;