UCL: Manchester City bayar harga mahal hilang khidmat John Stones

Astro Arena
November 8, 2023 11:30 MYT
Kehilangan Stones disifatkan sebagai berita yang amat buruk biarpun City mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 buat musim ke-11 berturut-turut menerusi kemenangan 3-0. - Gambar/ Stadium Astro
MAN CITY 3 YOUNG BOYS 0
Pertahanan Manchester City, John Stones, berdepan rehat panjang selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Young Boys, awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa England itu terpaksa digantikan ketika rehat dalam pertemuan di Stadium Etihad itu.
Sehubungan itu, Guardiola menyifatkan kehilangan Stones sebagai berita yang amat buruk biarpun City mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 buat musim ke-11 berturut-turut menerusi kemenangan 3-0.
Guardiola berkata: “Ia melibatkan kecederaan otot. Dia tercedera jadi dia perlu berehat seketika.
"Malang buatnya kerana dia seorang yang cukup profesional.
“Dia cuba meneruskan permainan tetapi ia menjadi berita buruk buat kami. Ia merupakan satu berita yang cukup perit pada malam ini.” - Stadium Astro

Through to the #UCL knockouts for the 11th season in a row! pic.twitter.com/1UDOtXQgYq

— Manchester City (@ManCity) November 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #UCL #Young Boys #John Stones
;