UCL: Magis Messi bawa PSG ke pusingan kalah mati

Astro Arena
Oktober 26, 2022 09:40 MYT
Messi (kiri) dan Neymar (kanan) meraikan gol ketiga pasukan mereka ketika perlawanan UCL kumpulan H antara Paris Saint Germain dan Maccabi Haifa, di stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, 25 Okt 2022. (Foto AP)
PSG 7 MACCABI HAIFA 2
Paris Saint-Germain (PSG) layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa, 7-2 di Parc des Princes awal pagi tadi.
Lionel Messi dan Kylian Mbappe menjaringkan gol berganda dalam perlawanan itu sambil Neymar dan Carlos Soler turut berada dalam senarai penjaring sewaktu memastikan kemenangan mudah buat PSG.
Maccabi beraksi baik di depan gawang lawan tetapi rangkaian tiga penyerang PSG jelas berada dalam prestasi tersendiri.
Messi, dalam penampilannya yang ke-50 bersama PSG, muncul pemain paling menyerlah dengan empat penglibatan gol, di mana dia menghasilkan dua jaringan dan dua bantuan.
Kemenangan buat PSG itu menyaksikan mereka mengumpulkan 11 mata dalam saingan Kumpulan H untuk layak ke pusingan 16 berbaki satu perlawanan menentang Juventus pada 2 November ini.
#Lionel Messi #PSG #Liga Juara-Juara Eropah #Neymar
;