UCL: Mac Allister, Mohamed Salah bantu Liverpool benam Bologna

Astro Arena
Oktober 3, 2024 11:10 MYT
Mohamed Salah meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan UCL antara Liverpool dan Bologna di Stadium Anfield, Liverpool, England, 2 Okt 2024. (Foto AP)
LIVERPOOL 2 BOLOGNA 0
Liverpool melakar dua kemenangan dalam dua perlawanan saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Bologna 2-0 di Stadium Anfield, awal pagi tadi.
Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjadi watak penting dalam membantu The Red meraih dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan AC Milan 3-1 dalam aksi pertama sebelum ini.
Skuad kendalian Arne Slot memecah kebuntuan pada minit ke-11 apabila Mac Allister mengatur larian sempurna untuk mengemudi hantaran lintang daripada Salah sekali gus menewaskan Lukasz Skorupsi untuk mendahului 1-0.
Darwin Nunez berpeluang mencetak nama selaku penjaring tetapi jaringannya dinafikan selepas berada dalam posisi ofsaid.
Walaupun Bologna agresif mengatur serangan dalam separuh masa kedua tetapi sepakan lencong Salah pada minit ke-75 sekali lagi menewaskan penjaga gawang Bologna untuk menoktahkan kemenangan kedua buat pasukan tuan rumah.

Catch the highlights, full match and reaction from our #UCL victory against Bologna on @LFCTV GO

— Liverpool FC (@LFC) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dalam saingan UCL.
Liverpool mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut di Anfield dalam kejohanan utama di peringkat Eropah, serta menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam setiap 10 aksi terakhir mereka.
#Liverpool #Mohamed Salah #UCL #Bologna
;