UCL: Hazard mula temui rentak, Real Madrid lepas ujian getir di Celtic Park

Astro Arena
September 7, 2022 08:03 MYT
Eden Hazard (tiga, kanan) meraikan dengan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiganya ketika perlawanan UCL kumpulan F antara Celtic dan Real Madrid di Celtic Park, Glasgow, Scotland, 6 Sept 2022. (Foto AP)
EDEN Hazard hanya menjaringkan gol kedua dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika Real Madrid menewaskan Celtic 3-0 di Glasgow.
Tuan rumah menghadirkan ancaman di awal permainan -- memberikan ketakutan sebenar buat penyandang kejuaraan pada separuh masa pertama, walaupun memasuki rehat tanpa sebarang jaringan.
Kegagalan mereka untuk mendapatkan jaringan ternyata menghukum tuan rumah, kerana Real menemui jalan untuk menembusi gawang menerusi Vinicius Junior dan Luka Modric menjaringkan gol berturut-turut, sebelum Hazard menyudahkan gol pasukan yang cemerlang untuk menutup perlawanan dengan bergaya untuk pasukan kendalian Carlo Ancelotti.
Celtic menikmati pembukaan aksi yang sangat positif, Liel Abada tidak dapat menyempurnakan beberapa peluang yang menarik, manakala Callum McGregor sekadar melihat percubaan sekadar menggegar palang gol.
Masalah pelawat semakin memuncak apabila Karim Benzema terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hanya 30 minit perlawanan.
Real meningkatkan tempo permainan dan tempoh empat minit memberikan mereka kawalan sepenuhnya di Celtic Park.
Federico Valverde berjaya mencari Vinicius untuk membuka jaringan sebelum Luka Modric menggandakan jaringan.
Penguasaan bola yang berterusan menghasilkan gol ketiga Real Madrid, ketika Toni Kroos melepaskan hantaran jauh untuk Dani Carvajal sebelum bek kanan itu melakukan lorongan buat Hazard menamatkan permainan dengan penuh bergaya buat pelawat.

Eden Hazard scores in the Champions League for the first time since 2020 #UCL pic.twitter.com/3ekEr9mCaA

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #UCL #Eden Hazard #Celtic
;