UCL: Chelsea - Sevilla seri tanpa jaringan

Astro Awani
Oktober 20, 2020 05:30 MYT
Pemain Chelsea Timo Werner beraksi ketika bermain dalam perlawanan UCL Kumpulan E antara Chelsea dan Sevilla di Stamford Bridge, London, 20 Okt, 2020. REUTERS
CHELSEA 0 - 0 SEVILLA
Chelsea mencatat permulaan mengecewakan bagi kempen musim ini.
Dalam aksi Kumpulan E, The Blues sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab La Liga, Sevilla.
Turun dengan reputasi sebagai juara Liga Europa musim lalu, Sevilla beraksi selesa dalam perlawanan pada Selasa di Stamford Bridge.
Beberapa percubaan kedua-dua pasukan bagaimanapun tidak menghasilkan sebarang jaringan.
Aksi Chelsea lebih tersusun di babak kedua.
Namun, percubaan Zouma dan Ben Chilwell berjaya diselamatkan penjaga gol Sevilla Yassine Bounou.
#UCL #Chelsea #Sevilla #Kumpulan E #bola sepak #seri #tanpa jaringan
;