UCL: AC Milan buka peluang kemaraan selepas belasah Dinamo Zagreb

Astro Arena
Oktober 26, 2022 10:15 MYT
Pemain AC Milan Ante Rebic (depan, kanan) berebut bola dengan pemain lawan Dino Peric ketika perlawanan UCL kumpulan E antara Dinamo Zagreb dan AC Milan di Zagreb, Croatia, 25 Okt 2022. (Foto AP)
DINAMO ZAGREB 0 AC MILAN 4
AC Milan selangkah untuk memastikan kelayakan dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Dinamo Zagreb di Stadium Maksimir awal pagi tadi.
Matteo Gabbia, Rafael Leao dan Oliver Giroud kesemuanya mencatatkan nama selaku penjaring sebelum Robert Ljubicic terjaring bola ke gawang sendiri untuk memastikan kemenangan buat kelab Serie A berkenaan.
Kedua-dua pasukan kelihatan mampu meraih kemenangan sepanjang saingan dalam babak pertama dan hanya dibezakan dengan jaringan Gabbia pada minit ke-39.
Dominasi Milan kian kelihatan dalam babak kedua, di mana Leao menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-49 sebelum Giroud menyempurnakan sepakan penalti selepas sejam permainan susulan insiden Sandro Tonali dijatuhkan Ljubicic.
Ia ternyata hari paling malang buat Ljubicic apabila Giroud gagal menemui lintangan serong Leao sebelum bola terbias ke bahu pemain tengah itu dan menerjah ke gawang sendiri.
Dengan kemenangan itu, Milan mencerahkan peluang mereka untuk muncul sebagai dua pasukan teratas Kumpulan E dan layak ke pusingan kalah mati UCL seandainya mereka dapat meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan terakhir menentang Salzburg di laman sendiri minggu depan.

Gabbia getting it done #GNKDACM #UCL #SempreMilan pic.twitter.com/4UnSte2GtW

— AC Milan (@acmilan) October 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AC Milan #Liga Juara-Juara Eropah #Dinamo Zagreb #bola masuk gawang sendiri
;