UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan

Astro Awani
Jun 10, 2023 22:45 MYT
Ilkay Gundogan menjulang trofi yang dimenangi Manchester City selepas menewaskan Inter Milan dalam perlawanan UCL di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul, Turki, 11 Jun 2023. REUTERS
MANCHESTER City mengakhiri musim yang mengagumkan dengan menewaskan Inter Milan 1-0, sekali gus menjuarai UEFA Champions League (UCL) buat pertama kali dalam aksi mendebarkan.
Gol pada minit ke-68 oleh pemain tengah Rodri mengakhiri perlawanan yang berlangsung di Stadium Ataturk awal pagi tadi.
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku, sebagai pemain pengganti, diselamatkan oleh Ederson.
Dengan lonjakan juara Eropah, mereka menyamai pencapaian oleh Manchester United pada 1999 dengan memenangi Liga Perdana (EPL), Piala FA dan UCL.
Jurulatih City Pep Guardiola kini telah memenangi UCL sebanyak tiga kali dan meningkatkan jumlah trofi bersama City kepada 12.
#UCL #Manchester City #Liga Juara-Juara #inter milan