Pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu bekerja keras merebut setiap peluang sekiranya berhasrat memperoleh tiga mata di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila berhadapan dengan pasukan Malaysia dalam perlawanan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, esok.
Ketua Jurulatihnya Bert Van Marwijk yang mengharapkan permulaan yang baik buat pasukan ranking dunia ke-65 itu mengakui bahawa anak buah Tan Cheng Hoe memiliki kualiti yang diperlukan untuk memberikan saingan sengit kepada pasukannya dalam perlawanan esok.
Menurutnya kejayaan pasukan Harimau Malaya menewaskan Indonesia dengan 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno Khamis lepas membuktikan keupayaan para pemain Cheng Hoe, dan Van Marwijk berkata ia boleh menjadi ancaman nyata buat pasukannya nanti.
"Mereka (Malaysia) memiliki keyakinan, kami sudah kaji mereka dengan baik.. kami juga berada di Indonesia dan lihat mereka bekerja keras dalam perlawanan itu. Mereka bermain dengan pantas, ada ramai pemain yang pantas yang dimiliki mereka.
"Kami perlukan tumpuan penuh dan kesungguhan... perlu ada disiplin ketat. Ia bukan sesuatu yang mudah tapi saya telah bersama dengan pasukan UAE sejak beberapa minggu lepas, dan saya juga menaruh keyakinan terhadap pasukan ini, tapi pastinya ia bukan perlawanan yang mudah," katanya dalam persidangan media praperlawanan di sini malam Isnin.
Malaysia adalah pasukan pertama dari empat negara Asia Tenggara yang akan dihadapi oleh UAE dalam laluan negara itu untuk ke Piala Dunia FIFA 2022 serta Piala Asia AFC 2023.
Mengulas pertembungan sebelum ini yang menyaksikan UAE pernah menewaskan Malaysia dengan 10-0 di Stadium Mohammed Bin Zayed pada tahun 2015, Van Marwijk berkata ia tidak memberi apa-apa makna kepada perlawanan esok.
"Apa yang berlaku sebelum ini tidak lagi boleh diambil kira. Saya tidak pernah memikirkannya langsung," kata warga Belanda yang berumur 67 tahun itu.
Malaysia kini berada di tempat teratas dalam Kumpulan G dengan tiga mata, mendahului Thailand dan Vietnam yang masing-masing meraih satu mata di tempat kedua dan ketiga, manakala UAE akan memulakan kempen mereka dalam saingan itu esok.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982 dengan 2-1, selain satu lagi kemenangan 2-0 pada Piala Asia 1980. Selain itu pasukan negara kalah dalam sembilan perlawanan lain, dan seri sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
VAN MARVIJK: Apa yang berlaku sebelum ini tidak lagi boleh diambil kira. - Reuters
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Stadium Nasional terbaik, tapi padangnya menyedihkan - Marwijk
Jurulatih dari Belanda yang membawa negaranya ke Piala Dunia 2010 berkata, stadium berkapasiti 87,000 orang itu merupakan antara yang paling cantik, yang beliau pernah kunjungi.