KUALA LUMPUR: Setelah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik pada Jun tahun lepas, pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong kembali dengan misi lebih besar iaitu untuk mencetak nama sebagai antara 10 pemain terbaik dunia musim ini.
Bukan itu sahaja, pemain berusia 23 tahun itu juga mahu berada di landasan tepat dalam usaha memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
"Azam tahun baharu saya, supaya tidak mengalami kecederaan, berada dalam kelompok 10 terbaik dan layak ke Sukan Olimpik Paris," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan hari ini.
Pemain di ranking ke-15 dunia itu, kini berada pada kedudukan ke-13 dengan 57,080 mata di belakang pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia yang berada di tempat ke-11 (62,126 mata) dalam ranking Race to Paris.
Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi acara perseorangan lelaki dan wanita, setiap negara boleh mempunyai kuota maksimum dua tempat jika pemain tersebut berada pada kedudukan 16 terbaik dalam ranking Road to Paris.
Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 yang bermula 1 Mei tahun lepas, akan berlangsung hingga 28 April 2024.
Sementara itu mengenai Terbuka Malaysia 2024, pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu berkata beliau kini dalam perbincangan dengan jurulatih untuk mencari formula berdepan lawannya Koki Watanabe dari Jepun, dalam perlawanan pusingan pertama, minggu depan.
"Memang harap prestasi lebih baik tahun ini (Terbuka Malaysia). Perlawanan pertama bukan mudah namun tiada siapa yang mahu kalah," katanya.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain itu, Watanabe yang menghuni ranking ke-23 dunia mempunyai kelebihan apabila pernah menewaskan Tze Yong 21-17, 21-14 pada pusingan kedua Terbuka Jepun tahun lepas, yang merupakan satu-satunya pertemuan mereka.
Terbuka Malaysia 2024 akan berlangsung pada 9 hingga 14 Jan di Axiata Arena.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
![Tze Yong buru 10 terbaik musim ini Tze Yong buru 10 terbaik musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698335471_TBbadminton.jpg)
Tze Yong juga mahu berada di landasan tepat dalam usaha memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai-11 Ogos depan. - Facebook / Badminton Association of Malaysia - BAM
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Rashid simpati nasib Tze Yong Rashid simpati nasib Tze Yong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711873096_Rashidsimpatinasib.jpg)
Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.
![Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024 Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707720201_tbNgTzeYong.jpg)
Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).
![Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024 Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707720201_tbNgTzeYong.jpg)
Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.
![Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698335471_TBbadminton.jpg)
Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.
![Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708077923_TBPETRONASMALAYSI.jpg)
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
![Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705056366_TBNgTzeYong.jpg)
Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.
![SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708236572_LeeZiiJia.jpg)
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
![Lee Zii Jia alami masalah pernafasan Lee Zii Jia alami masalah pernafasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707924078_LeeZiiJia.jpg)
Lee Zii Jia alami masalah pernafasan
Ketiadaan Lee Zii Jia dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024, kerana berdepan masalah pernafasan.
![SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik - Tze Yong SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik - Tze Yong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708077923_TBPETRONASMALAYSI.jpg)
SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik - Tze Yong
Ng Tze Yong, menjelaskan dia masih mengalami kecederaan berulang selepas terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia.
![BATC medan uji kecergasan Tze Yong BATC medan uji kecergasan Tze Yong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707720201_tbNgTzeYong.jpg)
BATC medan uji kecergasan Tze Yong
Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia esok.