Turun tak turun? Status Khairul Hafiz belum pasti
Astro Arena
Ogos 25, 2017 11:22 MYT
Ogos 25, 2017 11:22 MYT
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sedang mempertimbangkan status jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, dalam kuartet 4x100 meter negara selepas kecederaan otot pehanya dilihat tidak begitu serius sekaligus memberikan petanda positif menjelang final, petang ini.
Khairul bergelut untuk mempamerkan larian terbaik dalam aksi final 200m, Rabu lalu ketika pahanya dilihat berbalut sehingga mencetuskan spekulasi mengenai statusnya dalam kuartet negara yang dibarisi Badrul Hisham Abdul Manap, Jonathan Nyepa, nixon Kennedy dan Mohd Haiqal Hanafi.
"Selepas Khairul Hafiz mengalami kecederaan, kami sedang mempetimbangkan kedudukannya. Kami akan menentukan pelari yang bakal beraksi pada hari acara itu dipertandingkan (hari ini)," kata ketua jurulatih skuad olahraga, Zainal Abas.
Kali terakhir Malaysia meraih emas 4x100m lelaki adalah pada 1965.
Setakat ini, skuad olahraga sudah menyumbang enam emas dan berpeluang untuk menambah dua lagi emas menerusi kategori lompat tinggi lelaki dan 110m berpagar lelaki, esok.